KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan menjenamakan semula Kampung Cina di sini, kepada China Town dalam usaha menarik lebih ramai pelancong termasuk dari luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Datuk Razali Idris berkata pihaknya, akan mengadakan perbincangan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cina dalam masa terdekat, untuk membincangkan pelbagai perkara termasuk aspek pembaharuan selaras dengan usaha penjenamaan semula lokasi berkenaan.
Beliau berkata penggunaan nama China Town yang bersifat antarabangsa, dilihat lebih komersil dan dijangka mampu menarik kunjungan pelancong antarabangsa ke Terengganu.
"Kita rancang nak jenamakan semula Kampung Cina kepada China Town kerana ia ada di mana-mana. Di Kuala Lumpur... bahkan serata dunia. Kalau kita jenamakan China Town dan jadikan satu produk dalam kalendar pelancongan, mungkin pelancong dari Eropah akan datang.
"Kita perlu mengantarabangsakan produk lokal. Kalau bercakap pasal Kampung Cina, sampai bila dia (Kampung Cina) nak kekal macam tu sahaja," katanya pada Pesta Peranakan Cina Terengganu 2023 di sini, malam tadi.
Turut hadir Penasihat Persatuan Peranakan Cina Terengganu Alex Lee Yun Ping.
Razali berkata selain menjenamakan semula Kampung Cina, kerajaan negeri juga merancang untuk membangunkan Kampung Fikri di Setiu dan Kampung Tiruk di Marang, sebagai lokasi Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) pada tahun depan.
Beliau berkata selain Kuala Terengganu, kedua-dua lokasi berkenaan turut memiliki populasi penduduk berketurunan Cina Peranakan, yang boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan baharu negeri.
"Kita nak cuba gunakan kekuatan yang ada daripada segi seni budaya dan warisan dalam kalangan Cina Peranakan di Terengganu, kerana mereka memiliki keunikan seperti makan menggunakan tangan, budu dan belacan sebagai makanan harian, dan rumah pun seperti orang Melayu," katanya.
Dalam pada itu, Razali berkata pelancong bukan Islam tidak perlu takut untuk datang ke Terengganu, disebabkan pelaksanaan Garis Panduan Pelancongan yang merangkumi etika pemakaian.
Beliau berkata garis panduan berkenaan tidak melibatkan masyarakat bukan Islam dan ia juga bukanlah satu bentuk undang-undang yang bersifat menghukum secara total.
"Kerajaan buat garis panduan ini untuk mendidik, supaya masyarakat menjaga etika pemakaian mengikut budaya kita.
"Sejak garis panduan ini dilancarkan pada 2020, belum ada seorang individu pun ditangkap atau dikenakan hukuman, kerana tujuan asal kita ialah untuk mendidik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Razali ketika berucap pada Pesta Peranakan Cina Terengganu 2023 di Kuala Terengganu, malam tadi. - Facebook Razali Idris
Manchester United bertambah baik
Manchester United menghadirkan kejutan besar dan prestasi terbaik kelab tersebut penghujung musim apabila merangkul Piala FA.
Memacu Malaysia Airports ke peringkat lebih tinggi, memperkukuh kesalinghubungan untuk pertumbuhan mampan
Potensi penambahbaikan yang diketengahkan oleh konsortium tersebut akan memberi manfaat kepada MAHB.
Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah
Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10.30 malam.
Pameran diilhamkan perjalanan seni M Nasir Jun ini
SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu M.Nasir. Itulah nama pameran seni khas untuk meraikan perjalanan seni Datuk M. Nasir yang penuh inspirasi selama 45 tahun.
Man Utd sah bermain di UEL
Selepas dinobatkan sebagai juara Piala FA Inggeris Manchester United berjaya melayakkan diri ke saingan Liga Eropah (UEL), musim depan.
6,000 ayam rentung, reban terbakar
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah memaklumkan kebakaran melibatkan satu daripada 11 reban ayam, yang mengandungi sekitar 5,000 ke 6,000 ayam.
KPKM suntik RM15 juta untuk tingkatkan pengeluaran daging lembu di Sabah menjelang 2030
Timbalan Menteri KPKM, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ketika ini komoditi daging lembu di Sabah hanya 7.57 peratus dan melalui peruntukan RM15 juta akan dapat ditingkatkan kepada 25 peratus menjelang tahun 2030.
Gempa kuat bermagnitud 6.4 Kepulauan Vanuatu - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Vanuatu, pada 6.23 pagi tadi.
Isu khutbah boikot: Polis terima laporan video isu boikot ketika khutbah
Polis menerima laporan berhubung sebuah video yang memaparkan isu boikot yang disampaikan semasa khutbah solat Jumaat di Perak baru-baru ini.
KPKM sasarkan 5000 jam utk seluruh negara
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata matlamat Jualan Agro Madani Mega adalah untuk memudahkan rakyat mendapatkan barangan makanan tanpa melalui orang tengah atau pemborong.
MOTAC Terengganu ambil tindakan Op Penguatkuasaan Bas Persiaran
MOTAC Terengganu mengeluarkan enam notis dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Kenderaan Persiaran, selama dua hari bermula semalam.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Miskin tegar di Terengganu akan dinoktahkan dalam tempoh dua bulan
Setakat 2 Mei, terdapat sebanyak 1,663 keluarga di negeri ini masih berada dalam kelompok miskin tegar.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Buruh dipenjara tujuh bulan cabul rakan baru dikenali
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Ahad kerana mencabul kehormatan rakan wanita baru dikenalinya.
Guru wanita cedera ditumbuk, ditendang guru lelaki
Seorang guru wanita cedera selepas dipukul rakan setugasnya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Kemaman pada Ahad.
Rugi lebih RM200,000 kebun harum manis terbakar
Tengku Mohammad Kamal Hishamudin, 29, berkata, dia mengetahui kebun miliknya itu terbakar selepas dihubungi oleh seorang pekerjanya.
Ibu tunggal di Terengganu jadi wanita pertama disebat kerana berkhalwat
Seorang wanita berstatus janda didenda RM4,000 selepas disabitkan kesalahan berkhalwat kali kedua di sebuah rumah di Kemaman.